Cart 0

Tukang Puisi

RM 25.00

Penyelenggara: Fahd Razy, Za'im Yusoff, Karim Mohd
Halaman: 248 hlm.
ISBN: 978-967-2014-31-7
Tahun: 2018



"Poetry is what gets lost in translation."
- Robert Frost

Kita tidak mahu kehilangan bacaan terhadap peta kepenyairan negara. Darihal itu, dengan penuh kesedaran atas rasa tanggungjawab memastikan peta kepenyairan negara tidak terlupus sekali gus ikatan legasi kepenyairan tempatan berlangsung dengan lancar, Penerbitan Kata-Pilar terpanggil untuk meluncurkan naskhah Tukang Puisi ini sebagai sebuah antologi para penyair muda di bawah umur 40 tahun (pada tahun 2017 ketika projek ini dimulakan).

Dokumentasi ini dilihat sebagai sebuah ‘kerja sastera’ yang mustahak agar generasi, khalayak dan pencinta sastera tempatan sepuluh atau dua puluh tahun akan datang tidak ketinggalan daripada merujuknya bagi melihat dinamika perubahan gaya puisi yang wujud dalam ranah kepenyairan negara khususnya daripada kalangan para penyair muda baik melalui perbandingan kelompok ini dengan kelompok pada masa akan datang mahupun kelompok yang serupa di masa lalu seperti era 80-an dan 90-an.