Cart 0

Skrub Biru: Kronikel Seorang Doktor Bius

RM 26.00

Penulis: Dr. Hana Hadzrami
Halaman: 212 hlm.
ISBN: 978-967-2114-07-9
Tahun: 2019

Doktor bius. Bukanlah watak yang disebut-sebut dalam kad ucapan pesakit. Bukan juga watak yang sering menyapa setiap pagi di wad, atau menuliskan surat discaj dan cuti sakit (yang ditunggu-tunggu). Dengan skrub biru dan bertopeng muka - doktor bius muncul ketika nyawa terimbang di hujung tanduk, tergantung pada seurat rambut. Wajah terakhir dilihat sebelum mata pesakit terpejam dan pertama setelah sedar kembali.

Setiap denyut jantung. Setiap helaan nafas; menjadi perhitungan kritikal bagi seorang doktor bius (dan tentunya pesakit).

SKRUB BIRU menyorot dunia dari belakang mesin ventilator.

Realiti nyata tak selancar garis LED pada skrin monitor jantung. Juga tak senyaring beep-beep pada oximeter. Hidup bukan sekadar (skrub) biru, tapi penuh warna dan comot. Tawa dan luka. Sakit dan sihat. Hidup dan mati. Dan naskhah ini hanya serpihan daripada pengalaman itu.

Sarunglah skrub biru, topi bedah, topeng muka, dan sarung tangan getah.

Selamat mengembara. Ke dunia seorang doktor bius!