Diskaun buku stok penghabisan sehingga 60%! KLIK SINI UNTUK PESAN!
Cart 0
6558730._SY475_.jpg

Sekeping Roh di Atas Bantal

RM 15.00
Sekeping Roh di Atas Bantal Ratings: 0 - 0 votes


Perincian Buku

Penulis: S.M. Zakir
Halaman: 138 hlm.
ISBN: 978-983-9456-349
Tahun: 2005
Terbitan: Pustaka Nusa Sdn Bhd 

Kondisi Buku : Stok Lama (Kekuningan)

Blurb


Sekeping Ruh di Atas Bantal merupakan himpunan sepuluh buah cerpen yang ditulis pada dekad pertama abad ke-21 iaitu sekitar tahun 2002 - 2005. Keseluruhan cerpen ini dibawa oleh bahasa mudah yang dilhat sebagai jalan mengkomunikasikan cerita dan pemikiran penulis kepada pembaca. Dengan meletakkan teras hubungan manusia-alam-Tuhan sebagai paksi ekpada matlamat dan pusat pemikiran, cerita-cerita di dalam kesepuluh buah cerpen ini diolah menjadi berkas retrospektif, kontemporatif dan futuratif.

Langit menjadi putih di Bogor oleh wajah tanah air mata. malam menangkup kenangan tentang sebauh syurga zaman kanak-kanak yang hilang. Sungai berwarna emas dalam sejarah yagn terpadam. Dunia yang kalut di dalam cawan kpi. Langit yang bersembahyang mendoakan kemenangan kepada Islam. Nyawa yang tercabut dalam genggaman Izrail. Cerita tentang sebuah rumah yang mengisi sistem fuedal-kapitalis. Sekeping ruh terlena oleh kesempurnaan Tuhan. Hikayat tentang seorang lelaki di sebuah pulau tanpa legenda. Dan akhir sekali aku yang menjadi api oleh dosa-dosa paksi kejahatan Amerika-Zionis-Britain. Semua ini adalah jalur-jalur cerita yang menjadi seikat benang merah dalam kehidupan pada awal abad ke-21 ini.

Customer Reviews
0 / 5
Total 0 Ratings