Diskaun buku stok penghabisan sehingga 60%! KLIK SINI UNTUK PESAN!
Cart 0
13299762._UY600_SS600_.jpg

Penyeberang Sempadan (Novel)

RM 45.00
Penyeberang Sempadan (Novel) Ratings: 0 - 0 votes



Perincian Buku

Penulis: Sasterawan Negara Anwar Ridhwan
Halaman: 451 hlm.
ISBN: 978-967-61-2456-0
Tahun: 2012
Terbitan: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd - Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)

Blurb

Pemenang Hadiah Sako bagi Novel Nasional.

Disulami naratif magis tentang protagonis yang mengaku sebagai "pembela dan pejuang" tanah air; penyeberang sempadan geografi dan ideologi yang akhirnya tiba semula pada asal usul Kebenaran. NOTA PENGARANG - SN Anwar Ridhwan Saya menggunakan kebebasan kreativiti untuk mencipta latar Kuala Tuntung dan arus sungainya, yang dapat disesuaikan dengan cerita dalam novel ini. Topografinya berbeza daripada realiti landskap kawasan muara sungai di pantai barat Semenanjung. Perbezaan ini disengajakan, untuk disesuaikan dengan elemen latar, watak-watak serta pergerakan mereka dan plot dalam novel ini. Perkenalan singkat saya dengan beberapa orang pelarian PKI di Moscow pada September - Oktober 1988 sedikit banyak turut mencorakkan cerita dan plot dalam novel ini. Teks notis menangkap Kuay sebagai orang yang dikehendaki oleh pasukan keselamatan dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, dipadankan daripada notis "Hadiah Besar Menangkap Orang ini" Ibrahim bin Chik (Memoir Ibrahim Chik : Dari API ke Rejimen ke - 10. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2004).

Customer Reviews
0 / 5
Total 0 Ratings