Diskaun buku stok penghabisan sehingga 60%! KLIK SINI UNTUK PESAN!
Cart 0

Penikmat, Bukan Penagih : Buku Tentang Pelbagai Ketagihan

Penulis : Zul Azlin Razali, Muhammad Faisal Sharbudin

Penerbit : Green Crescent Malaysia

ISBN : 9789671773703

Tahun : 2019

Halaman : 204



Ini bukan satu naskhah yang merayakan hedonisme.

Ini buku yang cuba mengembalikan manusia sebagai makhluk penikmat yang bertanggungjawab.

Kerahmatan tuhan itu antaranya manusia punya daya keseronokan. Namun jalan kenikmatan dan lorong gelap ketagihan itu kadang-kadang tidak jelas sempadannya. Ralit menikmati sesuatu perkara, atau menikmati apa sahaja, manusia tergelincir ke dalam kegelapan. Apabila sudah disergap ketagihan, manusia diperhambakan.

Ketagihan adalah kejahatan dan kegelapan yang perlu difahami. Ia bukan kejahatan yang boleh dilawan dengan retorik-retorik moral dan agama. Ia adalah penyakit otak yang harus ditangani dengan kebijakan akal dan potensi rasional.

Green Crescent Malaysia (GCM) berjaya mengumpulkan doktor-doktor perubatan pelbagai kepakaran, ahli psikologi klinikal dan aktivis sosial untuk menulis tentang perkara ketagihan ini., daripada selazim ketagihan rokok dan candu, hinggalah kepada ketagihan permainan video atas talian.

Hasil jualan buku ini sepenuhnya masuk ke dalam kantung GCM, sebuah organisasi bukan kerajaan dan bukan berasaskan keuntungan, untuk menjalankan program-program advokasi mencegah ketagihan.

Semoga kita semua kekal sebagai Penikmat, bukan Penagih.

Customer Reviews
0 / 5
Total 0 Ratings