Cart 0

Peneka Silang Kata (Kumpulan Puisi)

RM 23.00

Judul: Peneka Silang Kata

Penulis: T. Alias Taib

Genre: Puisi

ISBN: 9789672014508

Halaman: 139

Semenjak kali terakhir T. Alias Taib menerbitkan buku puisinya pada 2004, tidak ada sesiapa sangka masih ada sajak-sajak yang tersembunyi, Peneka Silang Kata adalah projek pengumpulan sajak daripada arkib T. Alias Taib melalui usaha dan kerjasama ahli keluarga beliau. Ibarat mengisi huruf dalam kotak-kotak sebuah silang kata, buku ini membuka kembali memori seorang penyair tersohor, tetapi dari sudut emosi dan pengalaman hidup yang tidak pernah dibaca dalam buku-bukunya yang dahulu.

Peneka Silang Kata merupakan sebuah kumpulan puisi yang memperkukuhkan lagi reputasi T. Alias Taib sebagai penyair dan pemburu kota yang tiada tolok bandingnya. 

Didatangkan dengan dua versi sampul kulit. (Nyatakan pilihan dalam nota pesanan)