Cart 0

Menggarami Ombak - J.M. Aziz [Siri Tokoh Puisi #11]

RM 27.00
Menggarami Ombak - J.M. Aziz [Siri Tokoh Puisi #11] Ratings: 0 - 0 votes
Add to wishlist


Perincian Buku

Penulis: J.M. Aziz
Halaman: 
105
ISBN: 
978-967-2796-72-5
Tahun: 
2026

Blurb

selamat mengenal laut

selamat berkolek dengan maut

 

Datanglah ke pinggir pantai untuk melihat pucuk gelombang, dengarkan ngauman ombak, dan rasakan puisi-puisi ini berdegup. J.M. Aziz akan membawa kita dalam perjalanan menang-kalah melawan laut lalu menerimanya sebagai teman hidup. 

 

aku berkolek di dada laut
dengan jala gelama
kutebar sepenuh tenaga
memburu hidup

 

Dalam naskhah ini J.M. Aziz telah mengangkat laut ke darat, menyorot cuaca dengan mata nelayan dan ikan. Ia bukan sekadar pamflet tentang landskap pesisir, tetapi sebuah luka untuk digarami, seperti angin yang menyentuh kulit selepas badai. Menggarami Laut adalah ajakan pulang kepada sesuatu yang semakin jauh daripada kita: kearifan hidup yang jujur, keras, dan tidak berpura-pura.

Customer Reviews
0 / 5
Total 0 Ratings