Diskaun buku stok penghabisan sehingga 60%! KLIK SINI UNTUK PESAN!
Cart 0
25407337.jpg

Mencari Tuhan

RM 15.00
Mencari Tuhan Ratings: 0 - 0 votes


Perincian Buku

Penulis: Fahd Razy, A. Muziru Idham, Tuah Sujana
Halaman: 104 hlm.
ISBN: 9789670864099
Tahun: 2015
Terbitan: Karyawan Publishing House / Iman Publication 

Kondisi Buku : Stok Lama (Kekuningan)

Blurb


Penulisan puisi di Terengganu satu ketika dahulu melahirkan beberapa nama besar, paling diingati tentunya allahyarham T. Alias Taib dan allahyarham JM. Aziz. Sehingga kini pentas puisi Terengganu masih gah dengan nama-nama seperti Marzuki Ali, Hilmi Rindu, Nawawee Muhammad, Wan Ahmad Ismail, Sharif Putera, Husna Nazri, dan banyak lagi (sekadar menyebut beberapa nama). Namun begitu, di sebalik kerancakan penulisan puisi di Terengganu, kelihatan kekosongan bagi generasi pelapis khasnya yang lahir pada tahun 80-an dan 90-an.

Atas pemerhatian ini, penerbit telah memilih tiga penulis muda Terengganu, A. Muziru Idham, Tuah Sujana, dan Fahd Razy untuk dihimpunkan sepilihan puisi-puisi mereka dalam satu naskhah dengan hasrat mengetengahkan generasi pelapis ini ke medan yang lebih luas. Walaupun masih baru dalam penulisan, mereka masing-masing prolifik dan memperoleh pencapaian yang memberangsangkan. Ketiga-tiganya pernah dinobatkan dalam Hadiah Sastera Perdana (bahkan Tuah Sujana dan A. Muziru Idham masih belum mencecah 25 tahun usianya) serta Hadiah Sastera Darul Iman selain beberapa sayembara lain termasuk Hadiah Sastera Kumpulan Utusan.

Berserta ulasan panjang Prof Arbak Othman, MENCARI TUHAN menghimpunkan 60 puisi (20 puisi setiap penulis). Meskipun ia sekadar himpunan semula dan mungkin dilihat repetitif (dengan Tuah Sujana dan Fahd Razy masing-masing memiliki dua dan tiga kumpulan puisi persendirian dan A. Muziru Idham bakal tampil dengan bukunya), naskhah ini penting untuk memperkenalkan tiga penulis muda ini khasnya kepada khalayak baru yang mungkin belum memesrai rupa dan mainan bahasa serta pemikiran mereka. Ia juga diharap menjadi usaha pemula untuk kembali menggiatkan penulisan puisi khasnya kepada generasi kelahiran tahun 80-an dan 90-an bagi memastikan Terengganu terus melahirkan penulis puisi yang berwibawa.

PENERBIT.

Customer Reviews
0 / 5
Total 0 Ratings