Cart 0

Latto & Asmiranda

RM 23.00

Judul: Latto & Asmiranda

Penulis: Zainal Rashid Ahmad

Genre: Novel

ISBN: 9789672014638

Halaman: 152 m/s

Format: Kulit Lembut

Di tengah kota Kuala Lumpur yang sepi, tukang ramal datang menyampaikan berita. Akan ada bencana melanda kota ini sekiranya cinta sejati tidak ditemukan!

Pada suatu malam, Asmiranda menemukan seorang lelaki terbaring betul-betul di tengah jalanan. Siapa sebenarnya pemuda ini? Dari mana dia datang?

"Kau tahu kebenarannya, bukan?" Tanya Latto: "Aku terlempar ke sini oleh Dewa Langit. Kau pun tahu sumpahan yang harus kulalui."

"Dan kau juga tahu, kan?" Balas Asmiranda: "Hanya dengan menemukan cinta sejati, barulah sumpahan itu akan berakhir." 

Daripada penulis novel Hikayat Tanah Jauh, kumpulan cerpen Magis Kota dan Pop Urban yang telah memenangi pelbagai hadiah sastera.