Cart 0

Kafe (Lutfi Ishak)

RM 25.00
Kafe (Lutfi Ishak) Ratings: 0 - 0 votes


[PENTING] Item ini dibuka untuk PRAPESAN. Sebarang pesanan akan diposkan seawal 27 Februari sahaja.

Di dalam sebuah kafe, tercetusnya segala kemungkinan - pelbagai pertemuan, idea, dan fikiran.

Watak-watak berpapasan membawa ribuan latar dan cerita. Baik muda atau berusia, marhaen mahupun kuasawan, tidak kira bangsa agama - cebisan kisahnya membekas di meja dan kerusi sebuah kafe.

Ditulis di pojok kafe-kafe sekitar kota raya Kuala Lumpur sepanjang 2006-2010, puisi-puisi Lutfi Ishak mengajak kita mencicip gerak-geri dan gelora penghuninya.

Edisi kedua ini diterbitkan dengan susunan baharu dan diiringi oleh foto hitam putih oleh Ali Aiman.

______

Lutfi Ishak mengarang puisi, esei dan cerpen. Tiga kumpulan puisinya telah diterbitkan iaitu Kafe (Nusabuku, 2010), Dondang Pembukaan (ITBM, 2015) dan Senandika: Nyanyi Sunyi Sepanjang Jalan (Kata-Pilar, 2018) serta kumpulan cerpen, Cerita Malam Pertama (Ameen Publications, 2011). Karya beliau juga pernah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Sepanyol, Thai dan Tamil, selain memenangi pelbagai hadiah sastera utama tempatan termasuk Hadiah Sastera Perdana Malaysia, Sayembara Penulisan ITBM-PENA-BH dan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan.

Customer Reviews
0 / 5
Total 0 Ratings