Cart 0

Goncang Sebelum Guna

RM 20.00

Penulis: Fahd Razy, Huda Kamarudin, Khairil Idham Ismail, Nur Akmal, Haliza Zurah, Amirul Hamudin, Ainul Arina, Adibah Abdullah , Nur Farah Ahmadi, Nurlisa Kamal, Shafiq Said, Amirah Saryati, Ahmad Akmal Azman, Faris Mohd Nasir, Sinaganaga (Editor)
Halaman: 128 hlm.
ISBN:  9789671331880
Tahun: 2016



Saya dan Aida Ahmad (kini Dr) duduk semeja ketika ujian amali Sains (kimia), lamaaaa dulu. Saya di hujung sini; Aida di hujung sana.

Ujikaji saya barai. Tak tahu apa silapnya. Jadi saya terpaksa 'menumpang' ujikaji Aida dengan cara memerhatinya dari jauh. Saya 'psst! psst!' Aida. Aida kenyit mata dan kata 'Ok!'

Aida masukkan sebatian ke dalam tabung uji, goncang dengan tangan, dan panaskan dengan penunu bunsen, kemudian, Aida pandang saya; dia memuncungkan bibir mongelnya macam perempuan jahat dalam filem-filem penyiasatan selalu buat apabila nak mengorat hero. "What?" Kata saya, dengar tak dengar. Aida keep on buat macam tu...mmm...sampai tamat masa.

Di luar makmal saya tanya Aida apa maksud perlakuannya tadi. Aida kata, "Letupan 'Pop!' terhasil" (Pemerhatian untuk ujikaji tersebut). Huh. Damn! Mati-mati saya ingatkan Aida cuba untuk mengorat saya tadi... *bahak*!

Tapi buku ini bukan kisah saya dan Aida. Bukan!

Buku GONCANG SEBELUM GUNA ini adalah himpunan cerita runcit-runcit dan santai beberapa orang doktor yang saban hari berhadapan dengan pelbagai kerenah pesakit mereka. Ada cerita suka, ada cerita duka, tetapi best-best semuanya. Serius!

Cerita-cerita mereka macam sebatian dari beberapa unsur yang kalau Aida-lah yang membuatnya, maka letupan 'Pop!' akan terhasil.

Kata pepatah, tangan yang menghayun buaian itu boleh menggoncang dunia. Seperti sebatian yang Aida bubuh di dalam tabung uji itu- kalau kamu goncang buku ini dan panaskan sebelum membacanya- letupan 'Pop!' mungkin terhasil. Dan kalau kamu lelaki, maka 'dunia' kamu akan bergoncang. Cubalah!

-SINAGANAGA The brain of Studio Anai-Anai