Cart 0

Diet-licious!

RM 25.00

Penulis: Ruqayyah Muhd, Hakim Zakaria, M.H. Nizam
Halaman: 206 hlm.
ISBN: 978-967-2014-24-9
Tahun: 2018



Orang kata Dietitian ni seperti sesumpah. Boleh beradaptasi dalam semua keadaan.

Seorang Dietitian bukan hanya memberi nasihat pemakanan, tetapi punyai 1001 spesifikasi kerja yang tidak tercatat di dalam ‘job prescription’.

Kadangkala jadi chef rancang menu pesakit. Kadang jadi kaunselor beri motivasi. Kadang jadi mak-mak berleter apabila perlu. Kadang jadi ustaz-ustazah beri peringatan yang kita hanya hamba. Dan kadangkala jadi pendengar setia masalah pesakit.

Ada yang panggil kami doktor; walaupun kami bukannya doktor medikal. Kata pesakit, kami ini ‘Doktor Makan’ atau ‘Doktor Susu’.

Apapun gelaran kami, kami ini Dietitian. Kami merawat pesakit melalui diet dan perubahan gaya hidup. (Ini tak boleh makan, itu tak boleh minum, itu kena kurangkan, ini kena tambah, bla bla bla…)

(Tapi kami pun suka makan)