Cart 0
36576383._SY475_.jpg

Di Kala Bulan Bermain Biola

RM 35.00
Di Kala Bulan Bermain Biola Ratings: 0 - 0 votes


Perincian Buku

Penulis: Wan Nor Azriq
Halaman: 585 hlm.
ISBN: 9789671490198
Tahun: 2017
Terbitan: Roman Buku Sdn. Bhd. 


Blurb


Pekan Lama. Orang kata di pekan ini pesta dan hiburannya tidak pernah berakhir. Orang kata legenda Puteri Lindungan Bulan masih hidup dan Raja Tikus masih menghantui mimpi rakyat jelata dengan ratusan tikus hitamnya yang mengerikan. Orang kata lebih mudah nak mencari badut dan pelawak di Pekan Lama berbanding nak mencari polis dan ustaz. Tetapi kenapa nak percaya cakap orang? Datanglah sendiri dan pilih hiburan yang memuaskan hati dan segala mimpi anda yang terpendam. Kami ada penari akrobat, ventrilokis, pemain pisau, autoneka, ahli silap mata, dan sarkas bawah tanah pertama di dunia.

Di Pekan Lama kami tidak menawarkan janji-janji kosong. Di Pekan Lama kami memberikan anda kuasa untuk memilih ke mana anda ingin pergi dan siapa anda ingin bermain.

Tentang Penulis

Dalam biodata untuk lima buah novelnya sebelum ini, Wan Nor Azriq menyebut dirinya sebagai pejalan kaki sepenuh masa. Sekarang beliau tidak lagi berjalan kerana beliau memandu Uber sepenuh masa. Beliau memerlukan duit untuk membeli permainan meja Eropah yang sangat mahal dan juga untuk membeli koleksi lengkap Lovecraft. Beliau ialah penganut agama Epicurus.

Customer Reviews
0 / 5
Total 0 Ratings