Cart 0

Cinta Menyala Di Constantinople

RM 23.00

Pengarang: Fahd Razy
Genre: Kumpulan cerpen
Halaman: 140 muka surat
ISBN: 9789672014089
Tahun: 2015



Hadiah Sastera Darul Iman III (Kumpulan Cerpen Remaja)

5 cawan oleh akhbar Berita Harian


Hari ini aku lihat Hagia Sophia bercahaya. Sebuah matahari jatuh di situ. Percayalah. Constantinople telah menyala – Natalya.

Naskhah ini memuatkan sembilan buah cerpen Fahd Razy dari fasa awal penulisannya. Persembahannya rencam menjangkau nuansa kasih-romantis kepada suspens dunia pra-apokalips, bahkan turut menjelajah jauh ke ranah sejarah.

Cinta Menyala di Constantinople adalah ungkapan rindu dua kekasih yang terpisah oleh tembok agam, sengketa empayar, dan akidah.

Cinta yang menyala tak seharusnya membakar, tetapi mendinginkan seperti api seorang Ibrahim. Cinta seorang Ibrahim - Sarah