Cart 0

Cakar Ayam Seorang Doktor 2.0

RM 28.00

Penulis: Fahd Razy, Onn Azli, Kamarul Ariffin, Sharif Ahmad, Jazlina Syahrul, Ahm Ahmad, Fahmi Hassan
Halaman: 222 hlm.
ISBN: 978-967-2014-09-6
Tahun: 2017



Anda selalu resah-gelisah seperti ada kabut dalam kepala?

Atau dada sentiasa berdebar menahan rindu-dendam? Rasa tak keruan. Bosan.

Ah. Jangan risau. Kami ada penyelesaiannya!

DIAGNOSIS: Sakit Hati

RAWATAN:
1) Tablet Senyuman Glucose (500mg) 1 biji sebelum makan 3 kali sehari untuk sebulan.
2) Krim Usapan Manja disapu nipis 2 kali sehari pada perut dan dahi untuk sebulan.
3) Ubat kumur Ketawa Gargle 2 kali sehari (bangun pagi dan sebelum tidur) untuk sebulan.

Dan paling penting…

4) Senaskhah CAKAR AYAM SEORANG DOKTOR 2.0 dibaca tiga kali sehari selama sebulan.

Mudah-mudahan hati anda terubat!