Diskaun buku stok penghabisan sehingga 60%! KLIK SINI UNTUK PESAN!
Cart 0
20836169.jpg

Boneka Rusia Guido

RM 15.00
Boneka Rusia Guido Ratings: 0 - 0 votes


Perincian Buku

Penulis: Wan Nor Azriq
Halaman: 130 hlm.
ISBN: 9789674304
Tahun: 2014
Terbitan: Institut Terjemahan & Buku Malaysia


Blurb


Tahun 1999 merupakan waktu yang mencabar ekonomi dan politik negara Malaysia, dan pada masa ini juga, seorang remaja 13 tahun bernama Chairil Gibran telah menjeratkan dirinya dalam permainan kuasa seorang pemimpin terkenal Tuan Megat Guido. Chairil bersama-sama emaknya, baru saja berpindah ke sebuah apartmen di Kuala Lumpur, dan tanpa disedarinya, dia telah menjadi jiran kepada kembar Tuan Megat Guido yang mungkin seorang novelis terpinggir dan juga pemain boneka. Semuanya diceritakan oleh Chairil kepada narator novel ini dan bersama-sama mereka terperangkap dalam rangkaian peristiwa aneh dan menakutkan: pencuri boneka yang bertukar menjadi agar-agar hijau apabila dilanggar, penjual ais krim yang berceramah tentang falsafah dan lukisan dan pengembaraan satu malam ke hujung dunia.

Novel ini menampilkan susunan dan struktur yang terdiri daripada satu perenggan sahaja kerana segala-galanya telah terperangkap dalam ruang minda si pencerita, Hogarth sehingga dia tidak dapat lagi membezakan dialog dengan naratif.

Customer Reviews
0 / 5
Total 0 Ratings