Cart 0

25 Kes: Himpunan Kes yang Tak Terlupakan

RM 26.00
25 Kes: Himpunan Kes yang Tak Terlupakan Ratings: 0 - 0 votes


Perincian Buku

Penulis: Dr Adibah Abdullah, Dr Ahmad Zakimi, Dr Noor Hayati Yasmin, Dr Firdaus Hariri, Dr Afiq Rahim, Dr Kamarul Ariffin, Dr Zul Azlin Razali, Dr Ahmad Firdaus, Dr Azlindarita Aisyah Abdullah, Dr Syamirulah Rahim, Dr Huda Kamarudin, Dr Nur Jalila Mohd Ariffin, Dr Mahyuddin Mohamed, Dr Ahmad Zulfahmi, Dr Khairil Idham Ismail, Dr Amirul Amzar, Dr Zahrah Yunos, Dr Fairuz Azmi, Dr Muhammad Iqbal, Farmasis Dziehan Mustapa, Dietitian Ruqayyah Muhd, SN Bel Nawhen, PPP Muhamad Nur Ismawi, Amirul Azmeer Asmadi.
Penyelenggara: Dr Fahd Razy
Halaman: 252
ISBN: 978-967-2014-54-6
Tahun: 2019

Blurb

Hospital adalah sebuah gelanggang yang sukar diduga. Pelbagai kerenah, ragam, juga warna manusia saling bergelumang dan mencelorengkan.

Bergelar petugas kesihatan umpama melihat ke dalam cermin kehidupan. Menjadi pemerhati yang tajam, juga sesekali terheret sama ke kancah yang menikam.

25 kes daripada 25 penulis ini merakam pengalaman itu.

Sejumlah pertembungan yang kemas pada ingatan seperti retak sekeping cermin. Sentiasa ada setiap kali mereka merenung ke dalamnya. Ironi. Konflik. Motivasi. Inspirasi. Debar. Panik. Hiba. Tawa. Iktibar. Dera. Semua adjektif dan superlatif yang menitis dan mencomotkan lantai hospital.

Ini adalah kehidupan (juga kematian) yang perlu ditangani para penulisnya.

That one case - yang tak terlupakan.

Customer Reviews
0 / 5
Total 0 Ratings