Cart 0

Mana Dadu Darjeeling [Kumpulan Cerpen - Kulit Lembut]

RM 22.50


Tarikh mula penghantaran pesanan: 14 Disember 2020

“Cerita-cerita pendek Wan Nor Azriq, di antara keunggulan-keunggulan lainnya, menghamparkan humor gelap dan cerdas" - M. Aan Mansyur

"Cerpen-cerpen Wan Nor Azriq seperti membawa  kita ke lubang imaginasi yang dalam." - S.M. Zakir

*****

"Memandang dunia dari jendela sebuah satelit adalah seperti seorang penulis memandang dunia ciptaannya dari jendela sebuah fiksyen."

Buku ini merupakan kumpulan cerpen pertama Wan Nor Azriq yang sebelum ini telah menempa nama sebagai novelis berbakat melalui buku seperti D. U. B. L. I. N. dan Di Kala Bulan Bermain Biola.

Wan Nor Azriq membuka pintu kepada sebuah dunia ajaib dan aneh di mana nasib manusia adalah ibarat bidak dalam permainan dam ular. Suara yang bercakap dalam dinding, manuskrip puaka, pencuri bibir penyair, dan pengembaraan psychedelic merentas alam semesta. Cerpen Wan Nor Azriq membawa pembaca menempuh pengalaman bawah sedar dan keterasingan manusia menghadapi tekanan kehidupan moden.

Pengembaraan dunia ajaib di mana nasib manusia adalah ibarat bidak dalam permainan dam ular. Kumpulan cerpen sulung Wan Nor Azriq. 

MANA DADU DARJEELING?
Kumpulan cerpen WAN NOR AZRIQ
🎲Penulis novel D.U.B.L.I.N dan Di Kala Bulan Bermain Biola
🎲Pemenang Sayembara ITBM-PENA-BH 2013

ISBN: 978-967-2014-80-5
Halaman: 228
Format: kulit lembut