Cart 0

APA ITU DROPSHIP?

Berbeza dengan agen, dalam sistem dropship, dropshipper bertindak mempromosikan produk, mencari pelanggan dan mengambil pesanan. Pesanan pelanggan dari dropshipper akan diberikan kepada kami untuk diposkan.

Dropshipper tidak menyimpan stok buku atau mengepos buku. Kami lakukan semuanya. Anda cuma perlu promosikan dan ambil pesanan.

            

BAGAIMANA NAK JADI DROPSHIPPER BUKU-BUKU KATA-PILAR?

  1. Yuran komitmen dropship KataPilar adalah RM100 seumur hidup. Yuran tidak akan dipulangkan.
  2. Ejen dropship hanya perlu membuka akaun di laman web rasmi.
  3. Setiap ejen akan diberi nombor pengenalan. Contoh: Ejen 1
  4. Setiap ejen akan dimuatkan dalam ‘Broadcast Group’ Ejen Dropship KataPilar untuk mendapat maklumat buku baru dan poster hebahan.
  5. Komisen asas ejen dropship adalah 30% setiap buku (dari HARGA JUALAN). TETAPI ini boleh berubah berdasarkan judul buku tertentu yang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
  6. Bagi buku promosi, peratus komisen akan dimaklumkan secara khusus.
  7. Nama / senarai ejen akan dipaparkan di FB dan Laman web KataPilar.


JUALAN / PEMBELIAN BUKU

  1. Ejen dropship akan mempromosikan khidmat di media sosial masing-masing.
  2. Ejen akan menerima tempahan dari pelanggan dengan maklumat berikut yang lengkap:
  3. Nama 
  4. Alamat pos
  5. No telefon
  6. Judul dan kuantiti 
  7. Buka laman web, tanpa login untuk melihat harga tanpa diskaun dropship. Pilih item, dan masukkan ke dalam cart beserta maklumat untuk checkout untuk lihat harga dengan kos pos.
  8. Pelanggan akan membayar harga buku + kos pos kepada ejen.
  9. Ejen akan memesan buku melalui DUA CARA


Laman Web:

  1. Layari laman web KataPilar menggunakan ID ejen.
  2. Masukkan order dan pembayaran.
  3. Diskaun akan ditolak secara automatik.
  4. KataPilar akan memaklumkan no tracking pos kepada ejen.


Melalui Whatsapp:

Hantar whatsapp kepada KataPilar (En Ahmad) dalam format begini dan kepilkan bukti pembayaran anda kepada KataPilar:

Cust 1 

Nama: Abu bin Ali

Alamat: 121, Jalan Kenanga, 43200, Bandar Baru Bangi, Selangor.

No telefon: 013 3003000

Judul:

  1. Kitab para Ku-cheng (2 buah)
  2. Bukan Generasi Remote Control (1buah)

Bayaran: RM65.20


Catatan:

  1. Untuk memudahkan rujukan dan identitifikasi pesanan, setiap ejen perlu menomborkan pesanan masing-masing dengan ‘Cust xx’. Bermaksud untuk pelanggan mereka pertama dinomborkan dengan Cust 1, pelanggan kedua Cust 2, dan seterusnya.
  2. Pastikan nama, alamat, dan no telefon lengkap dan betul. Sebarang kesilapan oleh ejen dropship menyebabkan ejen perlu membayar kos ‘re-post’. Walaubagaimanapun jika kesilapan berlaku di pihak Kata-Pilar, maka Kata-Pilar akan menanggung kos ‘re-post’. Begitu juga jika kesilapan dilakukan oleh pelanggan, maka pihan ejen perlu meminta pelanggan membayar kos ‘re-post’ untuk penghantaran semula.
  3. Bayaran adalah jumlah harga buku yang dipotong komisyen berserta kos pos.


Contoh: Jumlah harga 3 buku tersebut adalah RM76. Kos pos RM12.

Jumlah bayaran adalah (70%xRM75)+RM12 = RM65.20.

Sekiranya ejen tidak pasti jumlah yang perlu dibayar, boleh dapatkan pengesahan daripada Encik Ahmad, terutama sekali berkaitan kos pos. Untuk maklumat lanjut, hubungi 018-966 6246 untuk sebarang maklumbalas.


UNTUK REKOD KATAPILAR SAHAJA

  1. Print Hardcopy borang penyertaan dropship yang lengkap.
  2. Nomborkan borang dengan nombor ejen. Contoh: Ejen 1, Ejen 2, Ejen 20 dan sebagainya.
  3. Masukkan nombor telefon ejen ke dalam Contact telefon dengan nama : Ejen 1 Nurul Hidayah (contoh).
  4. Masukkan nombor whatsapp ejen ke Broadcast group
  5. Create username ejen seperti di website KataPilar
  6. Publish / Kemaskini nama ejen di ruangan ‘Notes’ FB KataPilar.
  7. SETIAP pembelian perlu disertakan resit jualan.