Cart 0

Pembaca Watak (Kumpulan Puisi T. Alias Taib - Siri Tokoh Puisi #7)

RM 25.00
Pembaca Watak (Kumpulan Puisi T. Alias Taib - Siri Tokoh Puisi #7) Ratings: 0 - 0 votes


[Judul Prapesan - tersedia selepas 15 Mac 2024]

dia penghuni matang dunia mengarang
kerjanya memerhati lalu-lalang
dan membaca watak orang.
watak bacaannya hidup dalam darahnya
bagai ratusan patung wayang
hidup subur di darah dalang

Hidup ini sebuah buku terbuka. Setiap dari kita cuma watak yang saling menyembunyikan rasa dan rahsia; saban hari berdepan teka-teki yang tidak pernah selesai – topeng apa kah yang dipakai untuk hari ini?

T. Alias Taib seorang perakam dengan mata ketiga, mata intuisi yang tajam – deria yang gemar meneroka dan menerka. Watak-watak di sekelilingnya ibarat silang kata yang sarat cerita dan curiga. Dengan kata dan metafora, beliau menjelmakan semula pengalaman dengan emosi dan puisi.

Pembaca Watak adalah jelmaan semula T. Alias Taib, 50 puisi ikonik dan terbaik yang telah membentuk darah kepenyairan beliau dalam jantung sastera negara.

***

Siri Tokoh Puisi mengumpulkan puisi-puisi terbaik daripada khazanah sasterawan dan penyair mapan tanah air yang malar segar untuk tatapan khalayak baharu. Judul lain dalam siri ini: 

1. Sudah Hampir Malam di Kyoto - Muhammad Haji Salleh

2. Rahang Gelombang - Moechtar Awang

3. Lelaki Berambut Rumput - Rahimidin Zahari

4. Malam Berbau Lilin - Baha Zain

5. Tercipta dari Kala - Anwar Ridhwan

6. Nyanyian Ikan-ikan Kecil - Hilmi Rindu

7. Pembaca Watak - T. Alias Taib

Customer Reviews
0 / 5
Total 0 Ratings