Cart 0

Tercipta dari Kala (Sasterawan Negara Anwar Ridhwan)

RM 25.00
Tercipta dari Kala (Sasterawan Negara Anwar Ridhwan) Ratings: 0 - 0 votes


TERCIPTA DARI KALA


"kita tak mendengar gerimis

kecuali sibuk segala warna

bersiap menyambut senja

menyambut mimpi dulu

yang tiba menguncup seperti segala bunga"


Hidup ialah sebuah kembara panjang yang penuh rahsia, pertanyaan dan kekhuatiran. Menjalaninya, kita temui jawapan untuk terus ke depan, tetapi daripada setiap pengalaman dan pertemuan, tercipta ribuan soalan baharu.

Puisi-puisi Anwar Ridhwan bermula daripada kembara dan pertanyaan peribadi, tetapi ia lebih sering berakhir dengan pertanyaan yang lebih besar, sekali gus meninggalkan pembaca dalam diam yang lebih panjang.

Naskhah ini turut memuatkan 30 puisi baharu beliau yang belum pernah diterbitkan.

Maklumat naskhah:

Tercipta dari Kala

Anwar Ridhwan

ISBN 978-967-2796-29-9

RM25.00


Siri Tokoh Puisi mengumpulkan puisi-puisi terbaik daripada khazanah sasterawan dan penyair mapan tanah air yang malar segar untuk tatapan khalayak baharu. 

***

Naskhah lain yang terkandung dalam Siri Tokoh Puisi:

1. Sudah Hampir Malam di Kyoto (SN Muhammad Haji Salleh)

2. Rahang Gelombang (Moechtar Awang)

3. Lelaki Berambut Rumput (Rahimidin Zahari)

4. Malam Berbau Lilin (SN Baha Zain)

5. Tercipta dari Kala (SN Anwar Ridhwan)

Customer Reviews
0 / 5
Total 0 Ratings