Cart 0

Sains Menulis Puisi

RM 25.00
Sains Menulis Puisi Ratings: 0 - 0 votes


Perincian Buku

Penulis: Fahd Razy
Halaman: 191 hlm.
ISBN: 978-967-2014-44-7
Tahun: 2018

Blurb

Ditulis oleh Dr. Fahd Razy - pengarang, penyair, cerpenis yang telah memenangi pelbagai hadiah sastera di peringkat kebangsaan - buku ini tidak pernah dijual sebelum ini kerana menjadi modul bagi 8 siri bengkel yang telah diadakan di Malaysia & Singapura sejak penerbitannya.


Tidak. Ini bukan buku sains. Ini juga bukan buku puisi.

Sains Menulis Puisi membincangkan penulisan puisi secara teknikal dan objektif. Puisi yang sering dimomokkan sebagai sesuatu yang abstrak, subjektif dan tidak konsisten dipegunkan di atas slaid kaca dan diteliti di bawah kanta mikroskop secara sistematik dan mekanik.

Ia buku asas penulisan yang ideal untuk pengarang baru atau mereka yang mahu membedah seni sains berpuisi secara kritis.

Tidak, ini masih bukan buku sains, bukan juga buku puisi.

Ia Sains Menulis Puisi!

Customer Reviews
0 / 5
Total 0 Ratings