Cart 0
8580732.jpg

Suara dari Dinding Dewan (Kumpulan Puisi)

RM 33.00
Suara dari Dinding Dewan (Kumpulan Puisi) Ratings: 0 - 0 votes


Perincian Buku

Penulis: Sasterawan Negara A. Samad Said
Halaman: 138 hlm.
ISBN: 978-967-6114-50-1
Tahun: 2003
Terbitan: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd

Blurb

Antologi istimewa ini mempertemukan sebahagian daripada puisi A. Samad Said yang terhasil antara dua abad mutakhir ini. Sebilangan besarnya belum pernah tersiar di mana-mana media, mahupun terhimpun dalam mana-mana antologi, menjadikan terbitan ini edisi eksklusif.

Suara dari Dinding Dewan lahir daripada inti rasa dan jernih kata yang dianugerahi oleh kagum dan gerunnya akan pembangunan yang kurang berimbang; benci dan kasihnya terhadap pemimpin yang gusar; gamam dan fahamnya akan peristiwa mencerut dan meledak; goyah dan marahnya akan nasib bahasa yang separuh terbela separuh tercerca; resah dan bahagianya di alam rohaniah; serta hanyut dan kembaranya dalam pelbagai masalah luar dan dalam negara. Sebagaimana selalu, puisi Samad banyak dicerna daripada peristiwa-peristiwa penting dan genting, tokoh-tokoh sasa dan jelata, dan puncak krisis tempatan dan dunia.

Customer Reviews
0 / 5
Total 0 Ratings