Cart 0
24042015_HIKAYAT_TANAH_JAUH_5.jpg

Hikayat Tanah Jauh (Novel)

RM 30.00
Hikayat Tanah Jauh (Novel) Ratings: 0 - 0 votes


Perincian Buku

Penulis: Zainal Rashid Ahmad
Halaman: 303 hlm.
ISBN: 978-967-0892-13-9
Tahun: 2015
Terbitan: Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)

Blurb

Apabila Puan Insun, pemilik Mahligai Gadang, memerintahkan Pacal Tua bahawa hanya emas yang menjadi pakaiannya dan berlian menjadi minumannya pada suatu hari, bermulalah penderitaan Pacal Tua dan Pandai Emas dalam memenuhi keserakahan permintaan Puan Insun. Sedangkan Tuan Aksan, suaminya hanya dapat berdiam diri dan menghisap sigar kegemarannya tanpa boleh berbuat apa-apa. Pacal Tua pun mencari berlian dan mutiara dari Kota ke Bandar serta seluruh ceruk yang ada sehingga sumpahan darurat musim sunyi melanda. 

Kemudian, Puan Insun mengarahkan untuk turun ke perigi buta mencari berlian yang dimuntahkan oleh naga seperti dalam mimpinya. Perigi buta itu menyimpan misterinya tersendiri. Di dasarnya pernah terbenam rahsia-rahsia dunia politik Tuan Rumbaka Si Tukang Sihir, Marwah, dan Asmira. Apakah kaitan dengan Puan Insun dan Tuan Aksan? 

Berbelas-belas tahun atau baru beberapa tahun atau sebenarnya sudah pun berpuluh-puluh tahun, dapatkah Pacal Tua, Pandai Emas, dan Tuan Aksan memenuhi keinginan besar Puan Insun? Berbelas-belas tahun atau sebenarnya berpuluh-puluh tahun, dunia magis realisme Hikayat Tanah Jauh ini sepertinya pernah ada dan sentiasa ada.


Customer Reviews
0 / 5
Total 0 Ratings