Cart 0

Misi Impossible

RM 30.00
Misi Impossible Ratings: 0 - 0 votes


Perincian Buku

Penulis: Ain Lutfi, Nurul Asma, Ana Rohani, Hassan Hasaaree Ali, Mazaitu Hidayah, Zamri Shahri, Sakinah Said, Ahm Ahmad
Halaman: 265 hlm.
ISBN: 978-967-2014-07-2
Tahun: 2016

Blurb


MAAF.
Di dalam buku ini tidak ada aksi panjat gunung tanpa tali. Atau ejen-ejen sulit memakai cermin mata hitam waktu malam sambil berguling tembak-menembak tanpa tercicir cermin mata atau kotor baju. Juga tiada gajet-gajet canggih untuk membuat topeng menukar wajah atau pen yang boleh meletup.

Ya, ini 'impossible' yang lebih hakiki. Kita temui saban hari.

Dalam buku ini anda akan bertemu ‘ejen-ejen’ dengan mission yang lebih mencabar.

Misi dan 'mission' merawat dan menyelamatkan nyawa.

Buku ini membawa anda ke dunia ‘baju putih’ yang sebenarnya dipenuhi pelbagai warna selain PUTIH! Dunia kejururawatan. Dunia misi-misi dan ‘rahsia-rahsia’ di sebaliknya. Dunia impossible yang sebenarnya tidak lagi mustahil.

Selamat menjalankan misi anda!

“Awas. Mesej ini akan musnah sendiri dalam masa lima saat.

Lima…
empat…
tiga…
dua…" 

Customer Reviews
0 / 5
Total 0 Ratings