Cart 0

Misi Impossible 3.0: Kuasa Super Misi

RM 23.40
Misi Impossible 3.0: Kuasa Super Misi Ratings: 0 - 0 votes


Judul: Misi Impossible 3.0
Penulis: Bel Nawhen, Mohd Az, Zamri Shahri, Ana Rohani, Nur Atiqah SH, Amin Zaki, Indah Hazrila, Maria
Tahun: 2022
Halaman: 234
ISBN: 978-967-2014-95-9

Anda rasa doktor yang berkot putih itu sudah cukup hebat? Pffft… anda belum jumpa lagi para ‘ejen’ di belakang mereka!

Mereka juga memakai sut putih dan sentiasa siap siaga tidak kira waktu. Ada yang memakai sut biru dan ada juga kod warna khas untuk tugas yang berbeza. Kalaulah anda betul-betul kenal ‘ejen-ejen’ ini, baru anda tahu, tanpa mereka, ‘misi mustahil’ di hospital untuk pastikan semua pesakit mendapat rawatan dan jagaan terbaik mungkin gagal!

Ya, merekalah para jururawat, atau lebih mesra dengan panggilan misi!

Dalam naskhah ketiga siri Misi Impossible ini, anda akan dapat kenali lebih dalam tentang kuasa super misi ini. Boleh keluarkan tangan banyak macam Doctor Strange. Ada kuasa penglihatan dan pendengaran sensitive. Kadan-kadang mereka boleh jadi sekuar Superman, angkat katil dan pesakit ke sana sini! (Deria keenam mereka pun tajam, boleh kesan kalau doktor lapar, nanti mereka akan hulur makanan).

Dah sedia untuk ikuti misi mustahil ini?

Kenapa? Anda takut ke?

Jangan risau, ‘Super Misi’ kan ada!

Customer Reviews
0 / 5
Total 0 Ratings