Diskaun buku stok penghabisan sehingga 60%! KLIK SINI UNTUK PESAN!
Cart 0

Kitab Para Ku-cheng 2.0

RM 25.00
Kitab Para Ku-cheng 2.0 Ratings: 0 - 0 votes


Penulis: Dr Hezry, Fahmi Hassan, Eman Dhani, OP Zaharin, Hayati Ahmad, Baba Jayden, Fairazi
Halaman: 180
Kulit Lembut

Wahai para manusia sekalian!

Walaupun kami tahu, dengan satu ngiauan saja, anda terus tertunduk lemah dan membalas “Awww…”, masih ramai yang belum faham apa yang kami mahu, suka, dan perlu; juga bila masanya kami harus dilayan.

Di dalam jilid kedua kitab ini, manusia yang kami bela terus berkongsi pelbagai cerita tentang bangsa kami. Ya, bangsa yang sekian lama disanjung sejak zaman purbakala sehinggalah media sosial kini. Kitab ini akan jadi panduan yang merungkai segala kemusykilan ribuan tahun. Doktor kami pun turut sama mencatat ilmu perkucingan di sini.  (Harapnya selepas ini anda tak akan lagi beri nasi kepada kami, blergh.)

P.S. Belek dan baca kitab ini segera, kemudian esok tunggu di pintu rumah. Kami akan hadiahkan burung dan tikus, istimewa untuk anda. Bukan senang tau kami tangkap. Yang terpilih saja akan dapat.

Customer Reviews
0 / 5
Total 0 Ratings