Diskaun buku stok penghabisan sehingga 60%! KLIK SINI UNTUK PESAN!
Cart 0

Houseman Super (Amirul Azmeer Asmadi)

Hari ini ialah hari pertama anda sebagai doktor pelatih. Betapa risau dan cemas, hanya Tuhan yang tahu. Anda tarik dan hembus nafas dalam-dalam. 

Fuh.

Dunia perubatan memang mencabar. Sebagai doktor pelatih apatah lagi!Di media sosial penuh dengan cerita-cerita membimbangkan, ditokok tambah pula bumbu perisa yang tidak tahu lagi mana palsu-benarnya.

Kalau adiwira yang punyai kuasa luar biasa pun hadapi detik sukarnya, dah tentu kita yang biasa-biasa ini pun lebih perlu bersedia, kan?

Di dalam naskhah ini, anda akan mengenali dunia seorang houseman. Betul, tak semuanya mudah, tapi boleh dicari manisnya. Apa yang penting, teruskan belajar!

Anda pun lihat cermin. Rambut diperbetulkan. Senyum diukir di bibir, doa pun dibaca.

“Saya Houseman Super, sedia untuk berkhidmat!”

Customer Reviews
0 / 5
Total 0 Ratings