Di Bawah Langit Boztepe (Anis Ali - Novel)
Cinta itu sungguh ajaib bukan?
Ia meniupkan semangat dalam diri seseorang, dalam masa yang sama mampu buat orang hilang kewarasan.
Hidup Anna Dahlia kelihatan begitu sempurna — kerjaya yang stabil, rumah selesa, dan sahabat sejati. Namun kenapa takdir seperti terlalu berdendam dengannya. Satu demi satu yang disayangi pergi meninggalkannya.
Bahkan lelaki yang telah mencuri hatinya - tiba-tiba berubah sikap bahkan tidak mengenalinya. Kenapa memberi harapan, jika akhirnya dihancurkan?
Wabak Covid-19 menoreh pelbagai luka dalam hidup Dahlia. Pertemuan. Kerinduan. Tragedi. Amnesia. Ancaman dan dendam. Tetapi melarikan diri ke perantauan, bukankah itu tindakan seorang pengecut; atau sebenarnya mencari kekuatan?
Apakah yang ditemui Dahlia di puncak Boztepe?
***
Cinta | Persahabatan | Keluarga | Drama