Diskaun buku stok penghabisan sehingga 60%! KLIK SINI UNTUK PESAN!
Cart 0

Dentang (Novel) - Saharil Hasrin Sanin

"Rugi tak dapatkan buku ini." - Selamat Pagi Malaysia, RTM TV1
"Karya yang luar biasa enaknya." - Berita Harian
"Saharil has the gift of telling stories with a touch of humour and wit" - The Sun
"Mencetuskan fenomena" - Akhbar Kosmo

"Untuk luka menjadi sembuh, engkau kena berhenti menyentuhnya."

Namanya Dentang, Ayahnya seorang nelayan serba miskin, mengambil upah menjadi penyanyi Dondang Sayang. Ibunya pula sedang tenat bertarung nyawa.

Kisah hidup Dentang dipenuhi watak-watak rencam yangh membentuk takdirnya. Seorang lelaki menyimpan isterinya di dalam peti kayu. Seorang perempuan yang menangis tidak henti-henti. Seorang tukang masak bertubuh separuh ikan separuh itik, berenang dari China ke Malaysia. Seorang perempuan jelita yang berkahwin dengan seekor beruang. 

Sebuah novel tentang kehidupan dan kematian, sarat dengan gelak ketawa dan penuh dengan tangisan. Sebuah kisah kemanisan dan kepahitan, tentang luka dan cinta, tentang jodoh dan perpisahan. 

Edisi ini merupakan edisi ketiga novel Dentang, dicetak kerajang emas (gold foiling) pada kulit hadapannya. Terbitan KS Media. 

****

Tentang pengarang: 

Saharil Hasrin Sanin ialah seorang penulis dan ilustrator. Karya-karya beliau telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Perancis, mendapat pendedahan di media tempatan dan antarabangsa, serta dianugerahkan pelbagai anugerah antaranya Hadiah Sastera Perdana Malaysia, Selangor Young Talents Awards, hadiah Sastera Johor Darul Takzim, dan Hadiah Sastera Berunsur Islam.

Customer Reviews
0 / 5
Total 0 Ratings