Cart 0
[Cover] Daftar Mimpi depan.png

Daftar Mimpi

RM 23.00


[PERHATIAN: Lanjutan pengumuman PKP Penuh berkuatkuasa 1 Jun 2021, mohon jangkakan kelewatan untuk produk ini daripada yang dinyatakan dalam promosi. Terima kasih kerana bersabar dan menyokong kami!]


di laman rumahku
bergumam bisikan manis
madu, opium lebah
pepatung, hidup melayangkan warna
kupu-kupu dikumpul mataku

Berada di kota, segalanya seakan mimpi. Dilema muncul di setiap sudut: di pasar raya, di antara lorong hamis, di celah jalan yang sibuk, serta himpitan bangunan dan landasan.

Abdullah Hussaini memetakan pertentangan kehidupan orang desa di kota yang serba runsing ini dalam imej serta babakan yang segar. Dilayur dalam hangat warna dunia kampung yang mnggiur, ia langsung mewaraskan deria penghuni kota yang cedera.