Diskaun buku stok penghabisan sehingga 60%! KLIK SINI UNTUK PESAN!
Cart 0

Bayang Sudah Pandai Mengejek - Zul Azlin (Kumpulan Cerpen)

Bayang Sudah Pandai Mengejek mengumpulkan 14 cerpen tentang pelbagai watak dan identiti dalam mendepani bayang-bayang mereka. Omar yang membangunkan raksasa dalam tubuh isterinya Eva; Rafilus yang memilih untuk membunuh lembaga di ruang tamunya; Jin yang dibicarakan di mahkamah atas pertuduhan menjadikan manusia gila; atau Dr. Azy yang menjalankan terapi untuk pesakitnya secara senyap-senyap, menyelinap dalam gelap malam.

Memanfaatkan kepakarannya dalam bidang psikiatri dalam fiksyen, Zul Azlin menerokai dunia psyche manusia yang misteri, mendebarkan, dan ada kalanya, mengujakan.

Zul Azlin menulis pelbagai buku bukan fiksyen, antaranya siri Aku Dijangkiti Kehidupan dan siri Himpunan Kes yang Tak Terlupakan bersama Kata-Pilar Books. Beliau merupakan penulis novel Majnun yang merupakan pemenang Sayembara Novel Fixi 2020.

Customer Reviews
0 / 5
Total 0 Ratings