Cart 0

Bara Hujan [Prapesan]

RM 23.00


[PERHATIAN: Lanjutan pengumuman PKP Penuh berkuatkuasa 1 Jun 2021, mohon jangkakan kelewatan untuk produk ini daripada yang dinyatakan dalam promosi. Terima kasih kerana bersabar dan menyokong kami!]


hirisan tak mengusik dukaku
di tanganmu, cinta seperti merebut
berbilah perasaan, jangan kau lepaskan

mimpi berkali mengulangi pisau
ini hirisan terakhir, tangkai maut dan bingkai kubur
bertaburan.

Bunyi hujan atau tetes gerimis sering saja membawa makna. Langit dan bumi, kubur-kubur dan kehidupan bergaul menjadi satu. Ada cinta bertebaran.

Bara Hujan membawa maksud hangat dan dingin. Demikian sajak-sajak dalam naskhah ini menjadi tanda kecintaan terhadap hidup dan mati. Dua hal yang bertentang, namun saling melengkapkan. 

Puisi-puisi Rudi Mahmood telah memenangi pelbagai hadiah sastera, antaranya Hadiah Sastera Perdana Malaysia dan Anugerah Sastera Kelantan. Bara Hujan merupakan naskhah puisi sulungnya.