Aku Dijangkiti Kehidupan 4.0 : 12 Bayang dalam Diri (Nazratul Waheeda Nadzri & Sakinah Idris - Kesihatan Mental)
Perincian Buku
Penulis: Nazratul Waheeda Nadzri & Sakinah Idris
Halaman: 310
ISBN: 978-967-2796-77-0
Tahun: 2026
Blurb
Dalam dunia yang kelihatan ceria, ada kegelapan yang tidak pernah kelihatan.
Aku Dijangkiti Kehidupan 4.0: 12 Rahsia dalam Diri membawa pembaca menyelami sisi gelap yang sering dibalut stigma — di sebalik senyuman, di sebalik kesibukan, dan di sebalik kehidupan yang nampak “baik-baik saja”. Buku ini membongkar kerapuhan manusia yang bergelut dengan kecelaruan mental seperti kemurungan, serangan panik, trauma, dan pelbagai lagi.
Setiap bab bukan sekadar pedoman — ia adalah cermin. Cermin yang mungkin memantulkan diri kita, atau seseorang yang kita kenal.
Diselitkan dengan penjelasan mudah tentang simptom, tanda amaran, serta panduan rawatan dan sokongan, buku ini bukan hanya untuk dibaca tetapi menjadi rujukan mudah bagi memahami 12 isu utama dalam kesihatan mental dan psikiatri.
Semoga kita lebih mengenal — rahsia bayang hitam yang yang mungkin sedang membesar dan menghakis diri kita atau orang tersayang.