Cart 0

Malaikat Putih Yang Sayapnya Dilumati Darah (Clearance Copy)

RM 15.00
Malaikat Putih Yang Sayapnya Dilumati Darah (Clearance Copy) Ratings: 0 - 0 votes


Perincian Buku

Penulis: Azman Hussin, Fahd Razy, Faisal Tehrani, Ghafirah Idris, Hafizah Iszahanid, Jimadie Shah Othman, Mawar Safei, Nazmi Yaakub, Saharil Hasrin Sanin, SM Zakir, Zainal Rashid Ahmad, Zaniffa Azzura Abdullah
Halaman: 196 hlm.
ISBN: 978-967-2014-00-3
Tahun: 2016

Blurb



Himpunan 15 cerpen dengan tema cinta / romantik terpilih yang terbit di antara tahun 2000-2015.

"Api tidak lagi membakar. Air tidak lagi membasah. Tanah tidak lagi menyawai. Angin tidak lagi mengudarai. Semua kehilangan sifat dan zat kerana satu – cinta!"
-Syair Bunga dan Pasir , SM Zakir

"Perasaan itu hanya sebesar guli; cuma ia cantik mengilau – dengan spektrum warna pelangi yang halus bagai benang songket. Waktu ia melantun, cahayanya berekor – bagai pelangi, dan bunyinya lembut serta indah sekali. Tiap kali ia jatuh ke lantai, nadanya bagai not piano yang menyusun irama balada; manakala tiap kali bergesel pada dinding, bunyinya merengek bagai biola; nyaring tapi merdu."
-Tiba-tiba Cinta pun Lenyap Entah ke Mana, Zainal Rashid Ahmad

"Tukasmu, aku perempuan berjiwa besar dan jelita. Berjiwa besar kerana aku pengembara. Cantik kerana mataku. Kau langsung memelukku, melafaz kata-kata ortodoks ini; I love you!"

-Tahun depan di Jerusalem, Azman Hussin

Customer Reviews
0 / 5
Total 0 Ratings