Cart 0

Petualang Masa (Kumpulan Cerpen - Sayembara Cerpen Sains SSP-SBP-SBP 2)

RM 35.00
Petualang Masa (Kumpulan Cerpen - Sayembara Cerpen Sains SSP-SBP-SBP 2) Ratings: 0 - 0 votes


"Aku tahu benda ni kedengaran seperti mengarut tapi..." Shah tidak menghabiskan ayatnya.

"Tapi?" tanya kedua-dua rakannya itu penuh dengan perasaan ingin tahu.

"Aku rasa sfera dalam bilik tu dah menghantar kita kembali ke zaman silam, secara lebih spesifik, zaman Kesultanan Melayu Melaka," terang Shah, menghabiskan ayatnya.

"Apa!?" jerit Aliff dan Troll, serentak.

*****

Sayembara Penulisan Cerpen Sains 2 anjuran Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya dengan kerjasama Sekolah Berasrama Penh dan Dewan Bahasa dan Pustaka kembali lagi. Kini sayembara ini membuka ruang kepada karya dari Indonesia, Singapura dna Brunei. Sebanyak 30 buah cerpen dari serata negara dipersembahkan dengan latar masa dan dunia yang memukau: cip memori dalam kepala kucing, Lebai Malang mencipta belon udara panas, teknologi pulau rahsia, disulam kisah cinta zaman remaja dan konflik keluarga serta pelbagai lagi emosi mewarnai dunia cerpen-cerpen ini.

Juga boleh dapatkan buku sayembara pertama, Memori Infiniti Adik.

Customer Reviews
0 / 5
Total 0 Ratings